Thursday, December 11, 2014

Pengambilan Pelajar Sesi 2015

PENGAMBILAN PELAJAR DARUL FUQAHA DI BUKA

Sekolah merupakan institusi pendidikan awal yang akan mencorak manusia pada masa hadapan. Justeru, perjalanan institusi pendidikan ini perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab bagi melahirkan manusia yang nanti boleh menyumbang kepada tamadun manusia dan menepati matlamat penciptaan manusia oleh Allah Subhanahu wa Taala. 

Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan tiga kurikulum utama, iaitu Hafazan al-Quran, Sukatan Pendidikan Agama dan Sukatan Pengajian Akademik. Ia diasaskan pada 2004 oleh Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Ia mempunyai 3 institusi utama iaitu Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha untuk pelajar menengah, Sek Rendah Islam Pintar Tahfiz untuk peringkat rendah dan Kulliyatul Fuqaha untuk pengajian Islam peringkat tinggi.

Sesi Pengajian

Sesi pengajian di peringkat menengah dan rendah bermula seawal jam 5 pg dan berakhir jam 9 mlm dengan penekanan kepada kewajipan Solat Berjamaah dan pembinaan sakhsiyah yang mulia.

5 am - 7 am Hafazan Quran

8 am - 11 am Hafazan Quran

11 am - 5 pm Akademik

7 pm - 9 pm Hafazan al-Quran

Pengajian adalah percuma kepada Anak-anak Yatim dan dengan yuran berpatutan kepada masyarakat awam.


Pengambilan pelajar untuk Tingkatan 1 & Tahun 1-6 dibuka untuk pendaftaran dan sesi temuduga. Sila hubungi

1. Ust Azlan 0192677703

2. Ust Zulkarnain 0197722267

3. Datin Anili 0192665048

Pendaftaran pelajar Kulliyatul Fuqaha untuk lepasan SPM dan STAM sedang dibuka untuk 20 orang sahaja. Sila hubungi Ust Harme 0192121972


KURIKULUM & KOKURIKULUM

Kurikulum dan Ko-Kurikulum Darul Fuqaha mensasarkan objektif berikut
1. Penguasaan Hafazan al-Qur’an
2. Penguasaan kefahaman dan amalan agama
3. Pembentukan nilai akhlak
4. Penguasaan akademik.
5. Penguasaan Bahasa
6. Penguasaan Teknologi Maklumat

Sekian. Terima kasih

4 comments:

Nor Fira said...

Assalamualaikum, bg pelajar tahun 1 sek rendah, adakah pelajar wajib menginap di asrama? Terima bg pihak yg menjawap.

arjunasetia said...

SEMUA NOMBOR YANG SAYA HUBUNGI INI TAK SATU PUN YANG SUDI MENJAWAB PANGGILAN:

Pengambilan pelajar untuk Tingkatan 1 & Tahun 1-6 dibuka untuk pendaftaran dan sesi temuduga. Sila hubungi

1. Ust Azlan 0192677703

2. Ust Zulkarnain 0197722267 (YANG INI DIANGKAT TAPI OLEH PENGGUNA BERBANGSA CINA YG MENGATAKAN WRONG NUMBER)

3. Datin Anili 0192665048

Pendaftaran pelajar Kulliyatul Fuqaha untuk lepasan SPM dan STAM sedang dibuka untuk 20 orang sahaja. Sila hubungi Ust Harme 0192121972 (YANG INI MASUK VOICEMAIL)

ms rina said...

Berapa bayaran yuran dan pengajian ?

only me ^erien'z^ said...

Salam telefon tidak diangkat...saya Boleh terus kesana..?