وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


SRIP TAHFIZ FUQAHA, Bangi, Selangor

PENDAHULUAN

الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه و من تبعه ونصره ووالاه، وبعد

SRIP TAHFIZ FUQAHA bermula sebagai sekolah rendah Islam yang bernaung di bawah Sek. Ren. Islam Pintar (SRIP) bertempat di Taman Mesra, Kajang, Selangor. Pengurusannya telah diambil alih oleh DARUL FUQAHA bermula Januari 2006. Dalam tempoh setahun Ahli Lembaga Pengarah telah berusaha menampung kelemahan pengurusan kewangan pentadbiran yang lalu. Di awal 2007 beberapa kemajuan melibatkan pengurusan dan kewangan berjaya dicapai lalu ia diberi penjenamaan baru bersama-sama SRIP K. TRG di bawah jenama Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz atau ringkasnya SRIP Tahfiz dan dikenali sebagai SRIP Tahfiz Kajang.

Sesi pembelajaran di SRIP TAHFIZ FUQAHA bermula seawal 8 pagi dengan Solat Dhuha, Bacaan dan Hafazan al-Qur’an sehingga pukul 10.30. Bermula jam 11 pagi, sesi akademik sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia pula berjalan sehingga pukul 1. Seterusnya pada sesi petang bermula jam 2 petang sesi pengajian agama dengan sukatan KAFA Jabatan Agama slam Selangor (JAIS) pula berjalan sehingga jam 4.30 ptg.

Solat berjamaah di surau pada waktu Zohor dan Asar menjadi sebahagian sesi pembelajaran wajib. Ia bertujuan menanamkan jiwa ubudiyyah dalam diri para pelajar untuk menjadi insan yang beriman dan berakhlak.

al-Qur'an pula menjadi pelajaran wajib yang mesti dibaca dan dihafaz saban hari bagi menjadi pencetus jiwa dan ruhani yang baik bagi melahirkan insan yang dilingkari pemikiran dan amalnya dengan cahaya kalam Allah.

SRIP Tahfiz menekankan kepentingan pembentukan suasana pertumbuhan pemikiran, ilmu dan amal yang soleh kerana manusia akan terbentuk menerusi acuan persekitaran. Suasana ini dapat dibentuk menerusi pengurusan yang soleh dan mukhlis berjiwa mujahid, guru-guru yang soleh berjiwa murabbi dan sistem pendidikan yang soleh berasaskan al-Qur'an dan al-Hadis menyepadukan pendidikan dunia dan akhirat. Hasilnya anak-nak pasti menjadi Qurratu `Aini, penyejuk air mata ibu-bapa mereka bukan sahaja di dunia, malah selepas kematian menjemput mereka.

Sekelumit Kisan Teladan Perjalanan SRIP TAHFIZ FUQAHA

SEKELUMIT KISAH TELADAN

Pada tahun 2006 dan 2007 SRIP Tahfiz beroperasi di Taman Mesra, Kajang. Tahun 2006 menuntut usaha gigih membangunkan semula SRIP yang bermasalah sebelum pengambilalihannya oleh Darul Fuqaha. Tahun 2007 menyaksikan kejayaan pengurusan dan berlaku peningkatan ketara pada kemasukan pelajar.

Namun, penghujung 2007 dan di awal 2008 berlaku pengkhianatan terhadap amanah pengurusan yang diberikan. Para pelajar yang berdaftar telah dimaklumkan (atau ditipu secara terancang) oleh guru yang ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran sepanjang Disember 2007 kononnya SRIP Tahfiz akan ditutup bermula 2008. Oleh itu para pelajar digesa untuk berpindah ke sekolah baru yang ditubuhkan oleh bekas ibu-bapa pelajar SRIP Tahfiz.

Kesannya , pada hari pendaftaran pelajar 2008 hanya tidak lebih 10 orang mendaftar dari bilangan asal pelajar lama seramai lebih 50 orang. Para pelajar yang sebelumnya telah berhasrat mendaftar sebagai pelajar SRIP Tahfiz dibawa “lari“ ke sekolah lain yang diuruskan oleh bekas guru dan beberapa orang ibu-bapa pelajar.

Justeru, pada Mac 2008 disebabkan bilangan pelajar yang kecil Ahli Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Ustaz Khairuddin dan Ustazah Anili telah membuat keputusan memindahkannya ke sebuah banglo di Sg. Merab, Bangi dengan pembaharuan kepada tenaga Pentadbiran Sekolah.

Setelah pengurusan pentadbiran berjaya ditingkatkan dan berlaku peningkatan permintaan kemasukan pelajar, pada Ogos 2008 SRIP TAHFIZ berpindah ke bangunan yang lebih selesa di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi walaupun dengan risiko tanggungan kewangan yang besar.

Tahun 2009 menyaksikan peningkatan kemasukan pelajar menjangkau lebih 50 orang. Meskipun begitu, Ahli Lembaga Pengarah sepanjang 2009 terpaksa menampung deficit kewangan yang sangat banyak. Namun, dijangka kewangan akan lebih stabil pada tahun 2010.

Pada awal tahun 2010 di saat Ahli Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Ustaz Khairuddin at-Takiri mengharapkan yang terbaik bagi perjalanan pengurusan sekolah, berlaku beberapa kelemahan Pentadbiran Sekolah melibatkan guru-guru yang diberi mandat dan kepercayaan sepenuhnya bagi mentadbir sekolah termasuk melibatkan kewangan seperti ketirisan pada kutipan yuran.

Untuk menangani kelemahan tersebut pada bulan Mei 2010 Ahli Lembaga Pengarah membuat keputusan memindahkan SRIP Tahfiz pada bulan September 2010 nanti ke lokasi Darul Fuqaha di Sg. Merab di bangunan yang baru sahaja disiapkan untuk melancarkan lagi pentadbiran.

Seterusnya,pada pertengahan Ogos 2010 Ahli Pembaga Pengarah membuat keputusan menyerahkan Pentadbiran Sekolah kepada Timbalan Pengerusi SRIP TAHFIZ FUQAHA, iaitu Ustazah Anili untuk menerajuinya sebagai Guru Besar.

Dalam masa yang sama, beberapa ibu-bapa bekas pelajar berusaha membuka sekolah baru. Tetapi malangnya ia diusahakan dengan membelakangkan hukum Islam, iaitu dengan cara "menarik" guru dan pelajar SRIP TAHFIZ FUQAHA ke sekolah baru dengan kerjasama beberapa guru yang masih bertugas atas nama SRIP Tahfiz.

Pertemuan diatur oleh beberapa ibu-bapa pelajar -dengan pakatan beberapa guru yang masih bertugas-bagi menjemput ibu-bapa pelajar lain dan dipujuk dan dibuat tawaran untuk menyertai sekolah baru.

Tindakan ini adalah haram menurut islam kerana Nabi SAW bersabda: dalam Hadis Sahih "janganlah seorang lelaki menjual atas jualan saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya melainkan dengan izinnya." Hadis Bukhari dan Muslim.

Malangnya ada juga ibu-bapa yang mempunyai latar belakang agama bersekongkol dengan keadaan seumpama ini menggambarkan sama ada kejahilan mereka tentang hukum atau penderhakaannya terhadap hukum agama.

Tindakan guru yang masih lagi bertugas dengan SRIP TAHFIZ FUQAHA memujuk pelajar ke sekolah baru adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh Ahli Lembaga Pengarah sedangkan Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada pemiliknya". Surah al-Nisa' ayat 58.

Malah ada guru yang sengaja memaklumkan kepada sebahagian ibu-bapa pelajar bahawa SRIP Tahfiz Fuqaha akan ditutup dan sebagai gantinya ialah sekolah baru yang akan dibentuk.

Siri pengkhianatan dan penipuan oleh beberapa guru ini menggambarkan mereka sebenarnya tidak berkelayakan bergelar pendidik. Malang bagi Ahli Lembaga Pengarah yang sangat mempercayai mereka dan menyerahkan amanah sepenuhnya sebelumnya untuk menjadi guru di SRIP Tahfiz.

Bangunan asal SRIP TAHFIZ FUQAHA dirancang untuk cuba diambil alih untuk menempatkan sekolah baru. Kesannya, apabila perpindahan ke tapak baru iaitu ke tapak utama DARUL FUQAHA berjaya disempurnakan pada Oktober 2010, SRIP TAHFIZ FUQAHA telah kehilangan lebih daripada separuh pelajarnya.

Namun, episode yang menyedihkan ini tidak mematahkan semangat Ahli Pembaga Pengarah yang diketuai oleh Ustaz Khairuddin at-Takiri dan Guru Besar yang dijawat oleh Ustazah Anili untuk meneruskan perjuangan pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan.

Kami serahkan segala pengkhinatan dan penipuan oleh mereka yang bersekongkol ini kepada Allah. Janji Allah pasti benar. Allah berfirman bermaksud: "Tidak akan terpalit tipu daya jahat melainkan kepada yang selayaknya". Surah Fatir ayat 43.

Dengan suasana persekitaran pembelajaran yang lebih selesa melibatkan bangunan yang luas dan kawasan yang lapang dan pentadbiran sekolah yang lebih telus dan berpengalaman oleh Ustazah Anili, 2011 dan 2012 menyaksikan kejayaan cemerlang SRIP TAHFIZ FUQAHA alhamdulillah.


KENALI PROFIL SRIP TAHFIZ

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah rendah merupakan institusi pendidikan awal yang akan mencorak manusia pada masa hadapan. Justeru, perjalanan institusi pendidikan ini perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab bagi melahirkan manusia yang nanti boleh menyumbang kepada tamadun manusia dan menepati matlamat penciptaan manusia oleh Allah Subhanahu wa Taala.

Atas kesedaran inilah “SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR TAHFIZ” atau ringkasnya SRIP TAHFIZ ditubuhkan.

2.0 APA ITU SRIP TAHFIZ?

Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz atau ringkasnya SRIP TAHFIZ merupakan institusi pendidikan Islam peringkat rendah yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan tiga kurikulum utama, iaitu Hafazan al-Quran, Sukatan Pendidikan Agama dan Sukatan Pengajian Akademik.


Penubuhan SRIP Tahfiz tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata, tetapi sebagai satu khidmat kepada masyarakat Islam bagi meneruskan agenda jihad di bidang pendidikan Islam bagi anak-anak Islam.

3.0 ORGANISASI

Organisasi Induk SRIP Tahfiz ialah “Ikatan Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz atau ringkasnya ISPIT. Ia merupakan sebuah badan amanah yang ditubuhkan menerusi sebuah surat ikatan amanah. Ia ditadbir oleh sebuah lembaga dkenali sebagai Ahli Lembaga Pengelola atau ringkasnya ALP. Ahli-ahlinya dan organisasinya adalah seperti berikut:


PENGERUSI
: al-Ustaz Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

TIMBALAN PENGERUSI I : Hj Aminuddin Mat Yusof.

TIMBALAN PENGERUSI II : Ustazah Anili Ramli

SETIAUSAHA : al-Ustaz Mohd Harme Aman Razali.

BENDAHARI : al-Ustaz Mohd Zulkarnain bin Aman Razali


AHLI


1. Cikgu Nabilahyaumi Aman Razali (Guru Besar SRIP K. TRG)

2. Ustaz Fadli Ismail (Kurikulum) - Pensyarah UKM).

3. Ustaz Mohd Khairul Azlan Aman Razali (Ko-Kurikulum)

4. Ustaz Fazdi Harun (Penaziran) Pensyarah Ins. Perguruan Islam, Bangi)

5. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (AJK Fatwa N9, Bekas Pensyarah USIM)

6. Dr. Sukki bin Othman (Pensyarah Kanan, Univ. Putra Malaysia)

7. Dr. Syed Mohamad (Pensyarah Kaunseling Univ Sains Malaysia)

8. Dr. Zawawi Ismail (Penyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, Univ Malaya)

9. Dr. Nazri Mansur (Pakar Latihan & Motivasi)

10. Dr. Azahar Yaakob (Pensyarah Tamadun Islam, Univ Teknologi Malaysia)

11. Ust Rahimi Mat Sa`ad (Penyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, Univ Malaya)

4.0 CAWANGAN

SRIP TAHFIZ mempunyai 2 cawangan iaitu SRIP Tahfiz Fuqaha di Sg.Merab, Bangi dan SRIP Tahfiz K. Trg di Jln Hiliran, K. Trg.

5.0 LOGO DAN MOTO

Akhlak Cemerlang, Akademik Gemilang, Sahsiah Terbilang

Ia diinspirasikan daripada firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang dijadikan pekerja adalah yang kuat lagi amanah.”

6.0 VISI SRIP TAHFIZ

Melahirkan anak-anak soleh yang mempunyai keimanan yang kukuh, pengetahuan syariat yang mendalam, akhlak yang terpuji dan pengetahuan akademik yang tinggi yang hidup dengan al-Quran untuk akhirnya berbakti kepada agama, ibu dan bapa, masyarakat dan negara


7.0 MISI SRIP TAHFIZ

Menyediakan satu sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan 3 elemen iaitu antara hafazan al-Quran sebagai asas pembentukan mental yang cerdas dan pintar, pendidikan Islam sebagai asas pembinaan akhlak dan pengajian akademik sebagai asas pembinaan daya intelektual yang tinggi.

8.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

Sekolah rendah merupakan tahap awal pendidikan bagi setiap pelajar. Pendidikan awal ini perlu melalui proses tarbiyah Islam yang sempurna bagi melahirkan seorang warganegara yang beriman, berilmu dan berakhlak tinggi.

Atas kesedaran inilah Sek Ren Islam Pintar Tahfiz mengemukakan kepada masyarakat satu pakej pendidikan bersepadu menggabungkan antara pendidikan hafazan al-Quran, agama dan akademik.

Objektif penubuhannya ialah :

menyediakan asas hafazan al-Quran untuk pelajar di peringkat rendah supaya mereka hidup dengan al-Quran.

menyediakan persekitaran pendidikan Islam yang bertunjangkan aqidah, syariat dan akhlak Islam.


menyediakan persekitaran ilmu yang ditunjangi ruh keimanan untuk pertumbuhan mental para pelajar.

9.0 FALSAFAH PENDIDIKAN

“Pendidikan yang berterusan yang menjadikan hafazan al-Quran sebagai teras bagi melahirkan jenerasi soleh yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu yang diperlukan bagi menjalankan tuntutan memperhambakan diri kepada Allah dan memakmurkan muka bumiNya untuk akhirnya mampu menyumbang untuk penyebaran Islam dan pembangunan negara dan tamadun manusia“.

10.0 KURIKULUM & KOKURIKULUM

Kurikulum dan Ko-Kurikulum SRIP TAHFIZ mensasarkan objektif berikut:


1. Penguasaan Hafazan al-Qur’an


2. Penguasaan kefahaman dan amalan agama.


3. Pembentukan nilai akhlak.


4. Penguasaan akademik.


5. Penguasaan Bahasa


6. Penguasaan Teknologi Maklumat.



Untuk mencapai objektif-objektif di atas SRIP TAHFIZ menggunakan 4 bentuk kurikulum:


1. Kurikulum Hafazan al-Quran SRIP TAHFIZ.


(mengandungi surah-surah utama yang perlu dihafaz)



2. Kurikulum Akademik KBSR Kementerian Pelajaran Malaysia.


(mengandungi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Tulisan Jawi).



3. Kurikulum Agama (Jabatan Agama Islam Selangor /Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).


Mengandungi subjek Tauhid, Fiqh, Sirah, Akhlak, Tajwid, Jawi, Khat dan Imla‘)



4. Kurikulum Khas SRIP Tahfiz.


(mengandungi subjek Bahasa Arab, Tafsir, Hadis, Pendidikan Komputer/ IT)

Ko-Kurikulum SRIP TAHFIZ mensasarkan objektif berikut:


1. Pembentukan akhlak.

2. Latihan keterampilan dan kepimpinan.

3. Latihan jasmani.

4. Hubungan kemasyarakatan.

5. Latihan perkaderan dakwah.



Ko-kurikulum terbahagi dua iaitu AKTIVITI ASASI HARIAN dalam waktu persekolahan dan AKTIVITI DI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN seperti berikut:


AKTIVITI ASASI HARIAN:


1. Bacaan al-Qur’an di awal sesi persekolahan.

2. Tazkirah Harian.

3. Solat Sunat Dhuha.

4. Solat Zohor dan Asar Berjamaah.



AKTIVITI DI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN


1. Usrah – dwi bulanan.

2. Qiyamullail – bulanan.

3. Perkhemahan Ibadah.

4. Hari Ilmu & Ihtifal Tahunan

5. Sukaneka Tahunan.

5. Pasukan Seragam (Briged SRIP Tahfiz)

11.0 MATAPELAJARAN


11.1 HAFAZAN.


1. Juzuk `Amma (juzuk 30).

2. Surah Yasin, al-Kahf, al-Sajdah dan al-Mulk.

3. Surah al-Baqarah & Seterusnya.


11.2 AGAMA


1. Aqidah (JAIS/JAKIM).

2. Fiqh (JAIS/JAKIM).

3. Sirah (JAIS/JAKIM).

4. Akhlak (JAIS/JAKIM). Tauhid, Fiqh, Sirah, Akhlak,

5. Tajwid (JAIS/JAKIM).

6. Jawi. (JAIS/JAKIM).

7. Khat (JAIS/JAKIM).

8. Imla‘(JAIS/JAKIM).

9. Tafsir (SRIP Tahfiz).

10. Hadis (SRIP Tahfiz).

11. Bahasa Arab (SRIP Tahfiz).

11.3 AKADEMIK


1. Bahasa Malaysia (KBSR/KSSR)
2. Bahasa Inggeris (KBSR/KSSR)
3. Matematik (KBSR/KSSR)
4. Sains (KBSR/KSSR)
5. Pendidikan Seni (KBSR/KSSR)
6. Pendidikan Jasmani (KBSR/KSSR)
9. Tulisan Jawi (KBSR/KSSR)
10. Pendidikan Komputer / IT (SRIP Tahfiz)

12.0 WAKTU PEMBELAJARAN

7.45 pagi – 4.30 petang selama 5 hari dalam seminggu dan tertakluk kepada jadual persekolahan tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia


13.0 PAKAIAN SERAGAM

Pakaian seragam untuk lelaki;

1. kemeja lengan pendek berwarna kelabu

2. seluar panjang hitam

3. kopiah keras hitam

4. kasut kanvas hitam

5. sarung kaki hitam

Pakaian seragam untuk perempuan;

1. jubah warna kelabu

2. seluar panjang hitam

3. tudung hitam

4. kasut kanvas hitam

5. sarung kaki hitam


14.0 WARNA RASMI

Warna rasmi SRIP Tahfiz ialah ungu dan hijau.


REKOD CEMERLANG UPSR

REKOD KECEMERLANGAN SRIP TAHFIZ
UPSR 2007 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 3 orang mendapat 5A daripada 6 orang pelajar.

UPSR 2008 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 11 orang mendapat 5A daripada 18 orang pelajar.

UPSR 2009 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 3 orang mendapat 5A daripada 9 orang pelajar.

UPSR 2010 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 5 orang mendapat 5A daripada 31 orang pelajar.
SRIP TAHFIZ FUQAHA: 2 orang mendapat 5A daripada 6 orang pelajar.

Pengasas SRIP Tahfiz Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

Pengasas SRIP Tahfiz Ust Dr. Khairuddin at-Takiri
SRIP Tahfiz diasaskan oleh Ust Dr. Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri. Beliau berkelulusan Bachelor dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ of Jordan dan Univ. Aal al-Bayt, Jordan dan PhD Pengajian Islam, UKM. Pernah bertugas sebagai pensyarah di UIA dan UKM 1999-2008 dan sekrang terlibat sebagai ahli perniagaan di bidang Makanan Halalan Tayyiba di samping tugas sebagai pendakwah dan penceramah. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 18 buah buku dalam pelbagai tajuk. Beliau juga merupakan pengasas kepada Nadwah Ilmuwan Islam Malaysia (NAIM) dan bekas AJK Pusat Persatuan Ulamak Malaysia.

Friday, December 16, 2011

Majlis IHTIFAL 2011

Majlis IHTIFAL darul Fuqaha baru sahaja berlansung jam (-1 tghari tadi dengan kehadiran ibu bapa penjaga memeriahkan suasana persembahan para pelajar.

Tuesday, November 22, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2012


PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2012 PRA SEKOLAH & TAHUN 1-6 DIBUKA
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2012
PRA SEKOLAH & TAHUN 1-6 DIBUKA

CAWANGAN BANGI, SELANGOR (SRIP TAHFIZ FUQAHA)
NO 6, Jalan Desa Utama 1, Taman Desa Utama, Sungai Merab, 43000, Bangi, Kajang, Selangor

Pej : 03 89267762 / 019 2665048 Ustazah Anili - Guru Besar
Asrama disediakan berdasarkan permintaan


CAWANGAN K. TERENGGANU, TERENGGANU (SRIP TAHFIZ K. TERENGANU)
D/A Sek. Grammar, Jln Air Jernih, 20400, K. Terengganu

Pej : 09 6231400 / 013 9346464 Cikgu Nabilah - Guru Besar

Friday, December 24, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2011 PRA SEKOLAH & TAHUN 1-6 DIBUKA

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2011
PRA SEKOLAH & TAHUN 1-6 DIBUKA


CAWANGAN BANGI, SELANGOR (SRIP TAHFIZ FUQAHA)
NO 6, Jalan Desa Utama 1, Taman Desa Utama, Sungai Merab, 43000, Bangi, Kajang, Selangor

Pej : 03 89267762 / 019 2665048 Ustazah Anili - Guru Besar
Asrama disediakan berdasarkan permintaan


CAWANGAN K. TERENGGANU, TERENGGANU (SRIP TAHFIZ K. TERENGANU)
D/A Sek. Grammar, Jln Air Jernih, 20400, K. Terengganu

Pej : 09 6231400 / 013 9346464 Cikgu Nabilah - Guru Besar

REKOD KECEMERLANGAN SRIP TAHFIZ
UPSR 2007 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 3 orang mendapat 5A daripada 6 orang pelajar.

UPSR 2008 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 11 orang mendapat 5A daripada 18 orang pelajar.

UPSR 2009 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 3 orang mendapat 5A daripada 9 orang pelajar.

UPSR 2010 :
SRIP TAHFIZ K. TRG : 5 orang mendapat 5A daripada 31 orang pelajar.
SRIP TAHFIZ FUQAHA: 2 orang mendapat 5A daripada 6 orang pelajar.

Wednesday, November 28, 2007

PENDAFTARAN SESI 2008

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2008
PRA SEKOLAH
&
TAHUN 1-6 DIBUKA

Cawangan Kajang, SELANGOR
(SRIP TAHFIZ FUQAHA)
NO 9 B jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Batu 14, 43000, KAJANG
Pej : 03 87333907 / 019 2371216 Ust Ismail - Guru Besar
Asrama disediakan berdasarkan permintaan
Cawangan Kuala Terengganu, TERENGGANU
(SRIP TAHFIZ KUALA TERENGANU)
Dewan Seri Budi ,Jln Sultan Omar, Kuala Terengganu
(berhadapan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman)
Pej : 09 6231400 / 013 9346464 Cikgu Nabilah - Guru Besar